Social Media

Crust

1F-17, 163 Retail Park, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia

Assalamualaikum dan hai,
Baru-baru ini Dina ada pergi cuba satu restoran di Mont Kiara. Dina terjumpa restoran ini di Instagram. Salah seorang kawan Dina makan dekat sini. Disebabkan terliur tengok gambar yang dia masukkan, Dina terus tulis dalam senarai restoran yang Dina nak cuba.

Kebetulan pula, kawan Dina ajak keluar dan minta Dina pilih tempat makan. Dina bagi senarai restoran yang Dina nak cuba. Dia pilih Crust sebagai lokasi makan kami. Katanya pizza dekat situ nampak menarik. Dina tak nafikan.

Untuk pengetahuan awak, restoran ini mula beroperasi pada pukul 6 petang. Maka, jangan datang awal sangat atau berakhir seperti kami. Bosan tak tahu nak pergi mana.

Kami berempat pesan sorang satu hidangan dan pakat rasa sorang sikit. Guess what? It's worth it! Absolutely, my new favourite restaurant.



Dina pesan burger Oishii yang bernilai RM 33. Dina suka mayonis yang ada pada burger ni, Tobiko Budu Mayo. Sedap! Burger ini mempunyai daging, ketam berkulit lembut goreng dan diapit dengan roti yang manis dan lembut. Tak sama macam roti burger yang biasa kita makan.

Manakala, kawan Dina pesan Swiss Mushroom yang berharga RM 28. Roti dia sama macam Dina punya. Burger dia, menggunakan Parsley Mayo dan dia ada Jeruk Cendawan Goreng. Unik bukan? Rasa dia pun sedap sangat!


Para jejaka pula memesan Pizza. Ya, keistimewaan restoran ini ialah pizza mereka. Tengok roti dia pun dah tahu. Mereka pesan Aloha (RM 36) dan Carne (RM 36) pizza. Sos yang digunakan untuk pizza Aloha ialah sos putih dan mempunyai nanas. Buat siapa yang bukan penggemar nanas pada pizza, sorry babe this one is not for you. Pizza Carne pula sebenarnya sama macam pepperoni pizza sahaja. Tapi lagi sedap.


Air kami pesan  Ice Lemon Tea (RM 8), Ice Choco (RM14) dan air kosong (percuma).  Jumlah yang kami habiskan dekat sini ialah RM 179.30 (termasuk servis caj 10%).



 8.5 / 10



Terima kasih x

3 comments

  1. ALLAHUAKBARRRRR. APA NI APA NIIIIII SEDAPNYAAAA! Hahahaha. sis tergoda tapi jauh sangat seremban dengan mont kiara haha.

    p/s: jemput join segmen blog terbaru saya :D end 4 july http://www.sayidahnapisah.com/2019/06/segmen-9-juta-special-bloglist.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila datang KL nanti boleh lah awak cuba! hehe.

      Delete
  2. tengok pizza pun dah tahu level sedap dia

    ReplyDelete

Theme by STS