
Assalamualaikum dan hai,
Macam biasa, kali ini post tentang makanan lagi! Baru-baru ni, Dina ada pergi cuba pencuci mulut di Shugatori The Dessert Cafe. Dina sudah lama perhatikan orang yang post gambar makan dekat sini. Dina tertarik dengan segala perhiasan yang diletakkan pada waffle tersebut!
Dina memesan Atlantis Waffle yang berharga RM 20+ dan Hazelnut Latte yang berharga RM 10+. Dina terhilangkan resit pembayaran untuk yang ini. Maka Dina bagi awak harga secara kasar sahaja ya. Maaf.

Kita ke bahagian rasa pula. Buat masa sekarang, Dina rasa ini Waffle yang paling sedap Dina pernah makan! Rasa yang manis di kontrakan dengan rasa masam jam beri di dalamnya. Purr-fect! Rasa krim dia pun sempurna. Waffle ini bukan sahaja sedap bahkan cantik dekorasinya. Mula-mula tengok, risau juga indah khabar dari rupa. Selalu kalau rupa lawa ini, rasa dia biasa sahaja. Tapi Atlantis Waffle ini lain, sedap.

Bila makan manisan, mesti teringin nak pekena kopi. Maka Dina ada memesan Hazelnut Latte. Sejujurnya, Hazelnut Latte dia tidak sedap! Bahagian yang paling penting untuk Hazelnut Latte ialah bau dan rasa Hazelnut itu sendiri. Sepanjang Dina minum, Dina cuma rasa susu. Tidak berbaloi dengan harganya. Banyak lagi kafe yang boleh hidangkan Hazelnut Latte yang lebih sedap. Ini cuma pendapat Dina, maaf jika ada terguris hati mana-mana pihak.
R A T E.
7.5/10
Terima Kasih x
Wow sedapnya.. mesti best kalau minum ptg kat sini
ReplyDeletekek yang segar
ReplyDeleteAlamak comelnya waffle tu syg plak nak makan. Haha. Adoi tak sedap plak hazelnut latte tu ya. Huhu
ReplyDeleteNampak menarik betul decoration untuk makanan tu. Mesti rasa sayang nak makan😂
ReplyDeleteTetiba teringin pula nak rasa waffle tu
ReplyDelete