
Assalamualaikum dan hai,
Baru-baru ini Dina ada pergi Pavillion untuk rasa Curry House Coco Ichibanya. Buat siapa yang mengenali Dina pasti tahu bahawa Dina bukan penggemar kari. Kali ini agak berbeza kerana Dina tertarik dengan menu yang ada. Sebenarnya Dina dah lama tengok orang post dekat instagram tentang ini.
Dina cuba Omelette Chicken Cutlet Curry. Mesti awak tertanya-tanya bukan, kenapa satu pinggan je dekat situ. Sebab Dina tak suka telur separuh masak dan ya benar telur atas tu separuh masak. Tak suka tapi nak cuba. Maka pesan pun satu pinggan sahaja. Untuk satu pinggan ini, harganya hanya RM25. Awak boleh pilih tahap kepedasan. Ada sampai tahap 6 jika tidak silap. Dina ambil tahap 1 sahaja, khuatir perut orang depan Dina ini memulas kerana tak biasa makan pedas.
Untuk air pula, Dina pesan dua teh hijau panas dengan harga RM3 satu teko. Jumlah semua RM34.10 termasuk 10% caj servis.

Beralih kepada rasa pula. Dina rasa semua kari Japan sama. Macam tiada beza. Tapi telur dan ayam dia sedap. Ayam dia rangup diluar tapi lembut didalam. Seperti yang Dina kata tadi, Dina bukan peminat telur separuh masak kerana bau telur kuning yang kuat. Tapi yang ini, tiada bau dan Dina boleh makan! Telur tu kaya dengan rasa krim.
Kalau awak bukan penggemar ayam, jangan risau. Mereka juga ada sajikan daging dan makanan laut seperti sotong. Tak suka telur? Jangan risau. Dalam menu tu pun ada yang tanpa telur. Harga pun tidak terlalu mahal bagi Dina.
R A T E.
7.5/10
Terima kasih x
nampak menarik...nanti boleh letak dalam bucketlist dan boleh gi cuba nanti
ReplyDeletesalam kenal dari www.umifuzy.com
Kalau singgah blog Dina, terus lapar walaupun lepas makan..
ReplyDeleteNampak menyelerakan..
Lepas ni, nampaknya kena baca sambil makan. hehehehe
DeleteAsalam done follow ya
ReplyDeletehi.. content blog menarik.. lets blogwalking and click iklan..done follow u.. follow me back.. http://acuyuhan.blogspot.com/ thanks
ReplyDeleteSedapnya
ReplyDeleteLepas ni, u dah boleh cuba lah.
Delete