
Assalamualaikum dan hai,
Maaf Dina menyepi begitu lama. Dina agak sibuk beberapa minggu ini. Pada 14 Oktober 2018 yang lalu, adalah tarikh kelahiran mama Dina. Tahun ini kami sambut di Burger & Lobster. Bagi sesiapa yang tidak tahu, Burger & Lobster ini bertempat di SkyAvenue Genting Highland.
Dina memang penggemar dengan makanan laut. Sudah lama Dina teringin nak merasa Burger & Lobster ini. Perasaan ingin mencuba itu lagi membuak-buak apabila ramai yang bagi maklum balas positif tentang makanan di Burger & Lobster. Alhamdulillah, ada rezeki lebih sikit dapatlah juga merasa.

Oh sebelum Dina ceritakan pada awak Dina makan apa semua, Dina nak beritahu tentang outfit Dina! Baju Dina daripada Something Borrowed di @ZaloraMy . Guna 'ZBAPYQ37' untuk diskaun 15%, tapi ianya cuma sah untuk pelanggan baru sahaja tau.

Untuk pengetahuan awak, Burger & Lobster tidak menerima sebarang tempahan. Memang kena walk-in. Kalau tidak suka beratur, Dina sarankan awak datang awal sedikit.
Okay, sekarang kita cerita tentang makanan. Dina makan burger The Mayfair yang berharga RM64 termasuk salad dan kentang goreng. Untuk minuman pula harga berbeza ye. Daging pada burger tu sangat juicy dan di masak dengan sempurna! Saiznya nampak sahaja kecil tetapi sangat mengenyangkan.
Seterusnya, Dina ada juga cuba Lobster Roll The Original. Bagi Dina, yang ini paling sedap dan kena dengan citarasa Dina. Harga dia sedikit mahal tetapi berbaloi. Dina tak boleh berhenti makan ni sebab sedap sangat. Roti dia dibakar dengan mentega jika Dina tak silap. Untuk yang ini, harga dia RM130 termasuk salad dan kentang goreng juga.
Sudah datang ke sini rugi kalau tak cuba Lobster! Dina cuba Wild Live Lobsters The Original yang berharga RM146. Bagi set yang ini, dihidangkan sekali dengan sos istimewa. Dina jatuh hati dengan sos dia.

Beralih ke bahagian pencuci mulut pula. Papa Dina ada belikan kek dari kafe sebelah jika Dina tak silap. Ya, di sebelah restoran Burger & Lobster terdapat sebuah kafe. Dina tidak pasti nama dia apa.
Dina agak cerewet dengan rasa manisan. Jika ianya terlalu manis, Dina akan berhenti makan dan tak mungkin akan beli lagi. Tapi yang ini, rasa manis dan kopinya sangat seimbang. Walaupun dah kenyang, Dina masih boleh makan sebab rasanya yang sempurna.
R A T E.
8.0/10
Terima Kasih x
Read a lot of good reviews about this place tapi belum ada kesempatan nak cuba.
ReplyDeleteSedap! Kena cuba
Deletecambest dapat makan burger lobster tu. Tak pernah makan lagi..huhu
ReplyDeleteBoleh lah masuk wishlist untuk cuba lepas ni. hehe
Deletefirst time dengar pasal burger lobster :O
ReplyDeleteFirst time dengar.. Boleh masuk dalam wishlist nie..celebrate special occasion memang berbaloi nie..
ReplyDelete