
Assalamualaikum dan hai,
Mana yang follow Dina dekat blog ini, mesti tertanya-tanya kenapa tiba-tiba Dina rajin sangat buat post baru. Selalu sebulan sekali, bertuah nak ada post baru. Okay, sebenarnya Dina ingat Dina nak mula menulis balik. Insyaallah, Dina akan cuba menulis setiap minggu. Untuk post kali ini ialah Popia Carbonara.
Untuk pengetahuan awak, popia ni sangat unik sebab kuah Carbonara dijadikan sebagai inti popia tersebut. Bila sebut tentang unik, mesti lah Dina menaruh harapan yang sangat tinggi pada bahagian rasa. Dina ada juga tengok beberapa review tentang popia ni dan kebanyakannya positif.

Apa yang ada dalam kuah Carbonara tersebut? Okay, Dina perasan ada lobak merah dan sosej sebagai isi. Untuk bahagian rasa pula, Carbonara tu sendiri biasa sahaja sebab ala ala Preggo (atau mungkin memang Preggo) dan agak muak. Bagi Dina, keunikan itu tiada pada rasa hanya pada idea popia itu. Tapi bahagian yang Dina rasa berbaloi beli popia ini ialah inti dia tak kedekut. Popia tu gemuk-gemuk. Memang puas bila makan. Baru gigit popia tu, inti dia terus meleleh keluar.
Minimum pembelian 3 set. Satu set mempunyai 6 keping. Dina bayar RM20.00 termasuk servis penghantaran. Harga untuk satu set RM6.00. Kalau awak berminat untuk mencuba boleh tengok instagram @projekmommy.co.
R A T E.
5.9/10
Terima kasih x
Interesting. This is my first time reading about popia carbonara.
ReplyDeletethank you!
DeleteSalam kenal Dina..
ReplyDeleteSatu pembaharuan popia carbonara, mungkin ada peminat tersendiri.
LZ rasa kebanyakkan western food cepat muak lebih-lebih lagi bila ada cheese or cream, so for me tekak Melayu kena letak cili flakes atau cili api potong sikit bagi pedas, hehehe..
rasanya saya pernah rasa...boleh thn rasa dia..
ReplyDeletesinggh sini dan follow!
I have tried popia carbonara, and I love it! :D
ReplyDeleteSalam, jemputlah join contest di blog saya ya =)
ReplyDeletehttp://at-tarmizi.blogspot.com/2018/09/contest-isi-kotak-dialog-asif.html
wahh,,nampak sedap ni
ReplyDeleteccl follow sini 164
ReplyDeleteooohmai nampak sedap sangat tu. skarng ni otak2 pun ada dijual dengan popia ni kan.. sedap jugak hehe semuala sedap =D
ReplyDeleteSedapnya! Kadang suka juga buat popia carbonara ni
ReplyDeletecomel je popia dia haha sha ada share resepi ni, boleh la buat sendiri pasni, mudah jee :p
ReplyDelete