Social Media

NeNe Chicken

Level 2, The Starling Mall, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor


Assalamualaikum dan hai semua,
Beberapa hari yang lepas, Dina ada pergi cuba makan dekat NeNe Chicken atau dalam erti kata lain Yes Yes Chicken. Untuk pengetahuan awak, NeNe Chicken ini sebenarnya Ayam Goreng Korea. Bila sebut Ayam Goreng Korea kita mesti sudah tahu ayamnya pasti rangup dan disaluti dengan pelbagai pilihan sos.



Lebih kurang lima jenis perisa yang ditawarkan oleh NeNe Chicken iaitu Original, Swicy, Bulgogi, Freaking Hot dan juga Rendang. Salah seorang rakan Dina teringin nak mencuba perisa Freaking Hot, tapi dah habis. Perisa yang tinggal hanya Original, Bulgogi dan Rendang. Maka, kami pilih untuk rasa Bulgogi.



Bagi Dina, ayam ini dimasak dengan sempurna. Diluar rangup dan masih lembut di dalam. Jus pada ayam tersebut masih ada. Sejujurnya Dina bukan pakar sangat tentang makanan, tetapi Dina memilih apabila bab makan. Dina tak suka ayam Dina terlalu kering.

Untuk sos yang disaluti pada ayam itu pula, manis. Kalau awak bukan penggemar makanan yang pedas, awak patut cuba yang ini. Kemanisan sos yang ada pada ayam tersebut, bagi Dina just nice.

Dina pilih Wingettes & Drummets, Regular (6pcs), flavoured dan Dina ambil Go Combo. Untuk Go Combo, kami kena tambah RM 5.60 dan yang paling penting air boleh ditambah secara percuma. Jumlah bayaran yang kami bayar ialah RM21.60.



R A T E.
6.8/10



Jika awak ada tempat makan yang menarik untuk Dina cuba, please let me know! Thank you x

6 comments

  1. Heard about this place but I have yet to get a chance to try it. From your review, macam not bad Ne Ne Chicken ni.

    ReplyDelete
  2. So melting.. Tak pernah rasa, in shaa Allah bila ada peluang akan cuba..

    ReplyDelete
  3. never heard of this brand before.. bolehla lepas ni kalo jumpa pegi cuba.

    ReplyDelete
  4. sha tak rasa nene chicken ni ada kat kedah huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdak dekat kedah lah nene chicken ni. nanti habaq lah kalau mai kl. Dina boleh bawa pi sana.

      Delete

Theme by STS