Social Media

Avon True: Nutraeffects


Assalamualaikum dan hai semua,
Awak semua apa khabar? Sihat? Dina Alhamdulillah sihat. Hari ini Dina nak review produk baru daripada Avon. Actually, I'm not really a fan of Avon products. Tapi, set baru ini seolah-olah menyeru Dina untuk mencuba.

Produk Avon True: Nutraeffects ini datang dalam tiga jenis set iaitu Mattifying (untuk kulit muka jenis berminyak atau kombinasi), Brightening with Glutathione (untuk semua jenis kulit dan Hydra Boost (untuk kulit muka jenis normal atau kering). Dina beli set Brightening with Glutathione.

Untuk pengetahuan awak, kulit muka Dina jenis berminyak dan mempunyai masalah pores. Produk ini juga Dina beli dan bukannya dibayar oleh mana-mana pihak. Apa yang sesuai untuk kulit Dina, mungkin tidak sesuai untuk kulit awak.


Dalam satu set terdiri daripada cleanser, toner, day cream dan night cream. Dina tak dapat beli night cream sebab habis stok. Walaupun produk ini set, tetapi harganya individu mengikut kempen bulanan. Untuk pencuci muka, harga untuk kempen bulan ini, RM15.90. Bau pencuci muka ini buat Dina teringat dengan bau losyen badan. Bagi Dina, bau pencuci muka ini boleh diterima lah.


Kulit memang jadi cerah selepas cuci guna pencuci muka ini. Masa mula pakai dia ada meninggalkan rasa melekit pada kulit sama macam Dina cuci muka guna pencuci muka Garnier. Tapi bila dah guna selalu, biasa sahaja rasanya. Dina rate 7/10 untuk cleanser ni. Recommended? Yes.


Selepas cuci muka, mestilah kena pakai toner. Dina tahu, ada segelintir daripada awak yang tak suka atau tak tahu guna toner. Okay awak, toner ni penting untuk muka kita. Salah satu kelebihan toner adalah untuk kembalikan keseimbangan pH pada kulit muka. Insyaallah, nanti ada masa Dina akan cuba buat post tentang kelebihan toner pada kulit wajah.



Dina jatuh hati dengan toner ni, sebab rasanya yang sangat menyegarkan bila pakai dan pores Dina makin kecil. Bau toner ni sama macam bau pencuci muka dia. Kadang-kadang Dina akan jadikan toner ni sebagai mask juga. Lepas pakai toner ni muka jadi lembut sangat. Harga untuk toner ini pula, RM 18.90. Dina rate toner ni, 8.5/10. Recommended? Yes.



Seterusnya, tak lengkap skin care awak kalau tak ada day cream. Untuk pengetahuan awak, krim muka ini adalah pilihan. Dina gantikan krim siang ini dengan sunblock. Sebab krim siang ini sendiri sudah mempunyai SPF 20. Tapi boleh sahaja kalau awak nak pakai sunblock pula lepas menggunakan krim siang ini.



Day Cream ni agak tebal dan melekit pada kulit. Untuk yang jenis kulit berminyak dan kombinasi akan rasa sedikit berminyak pada muka bila pakai krim ini. Bau krim ni sama juga macam toner dan pencuci muka. Harga day cream pula, RM 23.90. Dina rate 5/10, sebab Dina tak suka bila dia mula rasa seperti berminyak. Recommended? Yes, only for normal and dry skin.

Sejujurnya Dina baru pakai beberapa hari set ini. Buat masa sekarang, Dina cuma nampak pores Dina makin mengecil saiznya. Kulit Dina cerah untuk beberapa minit selepas cuci muka. Selepas tu dia kembali ke warna asal. Tapi kulit Dina jadi sangat lembut!



Post a Comment

Theme by STS