Social Media

Cheezilla & Shinjuku


Assalamualaikum dan hai semua.
Hari ini, hari terakhir Dina luangkan masa bersama kawan baik Dina sebelum dia pulang ke Jepun.  Sebelum dia pergi, mesti lah kena memenuhi permintaan perut dia kan? Mana tidaknya, makanan di Jepun pasti tidak sama seperti di Malaysia. Halal juga perlu diambil kira. Maka, kami pun membuat keputusan untuk pergi Giant sebab ada Secret Recipe dan KFC.


Dina sudah lama juga teringin nak mencuba Cheezilla, manakala kawan baik Dina teringin Chizza. Keju yang ada dalam Cheezilla tu nampak menggodakan! Untuk pencuci mulut, kami cuba Shinjuku Chocolate di Secret Recipe.


Disebabkan Dina dan kawan baik Dina risau Shinjuku akan habis lebih awal, maka kami makan pencuci mulut dulu. Ramai kata Shinjuku di Secret Recipe ni memang paling laris. Masa kami sampai tu pun, tinggal satu jenis sahaja, Shinjuku Chocolate.


Benda pertama yang Dina suka, cara mereka hias pinggan tu. Kemas dan nampak mouth-watering! Rasa Shinjuku ni juga tidak mengecewakan langsung sebab sedap sangat gais. Dina suka rasa dan tekstur kek tu. Memang seimbang sangat bila dimakan dengan badam, krim, aiskrim vanila dan juga coklat. Paling penting tidak muak dan coklat dia tak manis sangat. Dina memang highly recommend awak cuba dekat Secret Recipe. Dina rate 8.5/10 untuk Shinjuku.


Selepas makan di Secret Recipe, kami berdua terus pergi ke KFC. Antara bau yang paling menggodakan ialah Chizza. Okay bagi Dina, Chizza ni indah khabar daripada rupa. Rasa dia tak sedap dan muak. Keju atas Chizza tu sendiri pun sikit sahaja. Bila dengar perkataan pizza, kita mesti terbayangkan keju yang banyak. Rasa pes tomato tu sendiri pelik bila dimakan dengan ayam. Agak mengecewakan jugalah Chizza ni. Chizza ni set sekali dengan seketul ayam, air berkarbonat dan juga kentang goreng. Harga satu set tu RM15+.  Tapi tekak orang lain lain. Dina rate 4/10 untuk Chizza.


Mesti awak tertanya-tanyakan kenapa gambar Cheezilla Dina macam tempat lain sahaja? Dina dapat Cheezilla Dina lambat sangat sebab kecuaian pekerja di situ. Dina terpaksa bungkus bawa balik sebab Giant dah nak tutup.

Dina kena tunggu lebih kurang 40 minit hanya untuk Cheezilla. Nasib baik pekerja tersebut minta maaf atas kecuaian yang telah dilakukan.



Okay, saiz Cheezilla ni boleh tahan besar juga. Memang kenyang kalau makan satu sahaja. Kalau jenis perut tong tu, Dina sarankan beli dua. Paling Dina suka, walaupun ayam dalam burger ni dah sejuk tapi masih rangup! Sos yang ada dalam Cheezilla ni tak terasa sangat. Mungkin sebab terlalu sikit.



Disebabkan Cheezilla Dina tidak lagi panas, keju pun dah tak boleh ditarik sebatu. Me iz so sad! Tapi tak apa. Masih sedap. Nasib baik sedap. Yes! Dina memang recommend Cheezilla ni. Awak boleh cuba. Kalau awak beli Cheezilla yang set, awak akan dapat Pepsi Black yang baru dan juga kentang goreng dengan harga RM16.90. Pepsi Black tu tak sedap. Dina lebih suka Pepsi biasa. Dina rate 6.5/10 sebab Cheezilla Dina sejuk.


Bila perut kenyang hati juga senang, kami berdua pun buat Twilight Marathon. Dina team Edward, kawan baik Dina team Jacob. Siapa team Edward, kita geng! Paling tak sangka, cerita ni keluar pada tahun 2008 dan ketika itu Dina masih berusia 11 tahun. Oh wow. Tapi tak dapat dinafikan cerita ni memang best dulu. Sekarang tengok, agak cringe. lol.


6 comments

  1. Yess!! Shinjuku Secret Recipe sedap!! Siqah suka jugak <3

    Kita geng! Team Edward :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah try yang mana?

      oh yeah! Kita geng!

      Delete
  2. Cheese & Chocolate..!!!! Dua2 pun always top dalam menu..

    ReplyDelete

Theme by STS