Social Media

Tabiat Buruk Yang Ingin Disingkirkan

 

Assalamualaikum dan hai semua,
Tabiat buruk yang ingin disingkirkan sebenarnya banyak. Ada satu tabiat yang paling Dina nak singkirkan ialah mencarut ataupun kata-kata kesat. Bagi Dina, ini adalah tabiat yang paling buruk dan Dina perlu buang. Kata-kata ini sebenarnya nampak sahaja macam tiada apa. Tapi, mampu menjadi penyebab rezeki kita tidak masuk dan melukakan hati orang lain. Still trying my best to grow. Tidak semudah yang disangkakan. Apabila nak berubah, kita tidak boleh berubah secara drastik. Maka, Dina cuba terhadkan beberapa perkataan yang Dina boleh sebut. Secara perlahan Dina akan hapuskan dia. 

Seterusnya, Dina ada tabiat di mana kalau Dina menguap memang tidak tutup mulut. Ya, Dina tahu apa awak semua akan cakap. Tidak sopan! I am and am not proud. Sekarang kalau nak menguap Dina cepat cepat tutup mulut. Kena ajar diri jadi sopan. 

Bukan itu sahaja, Dina ada juga tabiat yang Dina sudah berjaya singkirkan. Tabiat suka pandang rendah pada diri sendiri. Ini ialah tabiat yang paling toksik bagi Dina. Apabila suka pandang rendah pada diri kita, banyak benda yang kita mampu buat jadi tidak boleh dilakukan. Ini memang benda pertama yang Dina paling banyak curahkan tenaga untuk singkirkan sejak februari lalu. Setiap pagi, Dina akan bangun pandang cermin dan puji diri Dina sendiri. 

Awak tidak tahu apa yang awak mampu buat sehingga awak menyayangi diri awak dahulu. Dina baca, ramai orang yang bahagia datangnya dari orang yang tidak pernah berhenti menyayangi diri mereka. Kalau awak ada tabiat suka bergantung pada orang lain untuk mencari kebahagiaan, awak patut cuba untuk berhenti dan bergantung kepada Allah SWT dan juga diri sendiri. Insyaallah. Lagi bahagia dan lebih tenang. 

Banyak lagi tabiat buruk Dina. Dina juga tidak terlepas dari menjadi manusia yang tidak sempurna. Sekarang ini, Dina akan cuba perbaiki diri dari tabiat buruk dan jadi manusia yang lebih baik. Doakan Dina!

Terima Kasih x

Post a comment

Instagram

Theme by BD