Social Media

KFC Zinger Cheezy


Assalamualaikum dan hai semua,
Siapa dekat sini suka keju? Sama! Mama belikan Dina KFC Zinger Cheezy sebab kami malas nak masak. Semua makan KFC sahaja. Selalu kalau di Cyber, Dina memang suka pesan KFC Zinger Burger. Tapi baru-baru ini keluar KFC Zinger Cheezy dan sos keju dari KFC memang kegemaran Dina, terus beli. Nak rasa punya pasal. 

Awak tengok keju dia, meleleh. Kegemaran. Dina makan lambat sedikit sebab Dina sibuk dengan kerja. Terkejutnya Dina, ayam dia masih rangup walaupun sudah sejuk! Scrumptious! Kelainan dia hanya pada keju sahaja. Lain rasa masih sama. Masih sedap. Dina memang peminat, maka, Dina akan jadi sedikit berat sebelah. Sejujurnya, Dina lebih suka burger di KFC berbanding Mekdi kerana saiz burger yang sangat berbeza. Tapi ikut citarasa orang juga. Bagi Dina sedap tapi mungkin tidak bagi awak. Lepas ini boleh rasa KFC Zinger Spicy BBQ pula. Itu pun nampak menarik. Walaupun perbezaan hanya pada sos.


Untuk satu burger ini berharga RM10.90. Dina beli ala carte sahaja sebab Dina tidak suka air dari KFC. Pepsi Black? NO! Lebih rela minum air kosong. 

Terima Kasih x

2 comments

Instagram

Theme by BD